Glitter Text Generator

Assalamualaikum w.b.t...
Buat semua pembaca blog sofeasoleha...:)
Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI maaf zahir dan batin kepada sahabat-sahabat ana yang sentiasa dihati..dan ucapan ini khususnya buat keluarga yang sangat dirindui di kampung,terutama pada mak,abah,abang dan kakak. Sempena Hari Raya yang akan menjelang dalam beberapa hari lagi ini,ana ingin memohon seribu kemaafan kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan ana jika diri ana ini ada melakukan sebarang kesilapan sepanjang perkenalan kita samada disengajakan ataupun tidak.Semoga syawal yang menjelang pada tahun ini membawa seribu makna dan mendapat penuh keredhaan dari yang Esa buat anda sekalian.InsyaAllah...
EID MUBARAK!!!


TEMAN....
Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman,
Ingatilah aku selagi kau mampu...
Jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah bertahun terbina,
Ukirlah secebis "tentang aku" di hatimu...
Agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa
diriku...
Ramadhan kali ini biarlah berbeza!

Semoga takbir kita kali ini takbir kemenangan hadiah mujahadah sebulan Ramadhan...

  • YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG ISTIMEWA DI BULANMU YANG ISTIMEWA.
  • YA ALLAH, BERSAKSILAH SESUNGGUHNYA KAMI INI HAMBA-HAMBAMU YANG BERPUASA KERANAMU.
  • SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH. SEMOGA TERGOLONG BERSAMA MEREKA YANG MERAIKAN KEMENANGAN...
  • EID MUBARAK! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WALILLAHILHAMD...




NUR DAI'E

DAI'E....

DIWAKTU MANUSIA BERGEMBIRA DENGAN DUNIA...

ENGKAU MENANGIS AKAN AKHIRAT...

DIWAKTU MANUSIA ITU LENA...

ENGKAU MEMBASAHI PIPIMU DENGAN AIR MATA...

DIWAKTU MANUSIA BERSERONOK DENGAN DUNIA...

ENGKAU TAKUT AKAN MATIMU...

DIWAKTU MANUSIA CINTA AKAN DUNIA...

ENGKAU CINTAKAN TUHANMU...

DIWAKTU MANUSIA MEMBENCIMU KERANA KEJAHILANMU...

ENGKAU MENYAYANGI MEREKA KERANA KEJAHILAN ITU...

NIKMAT DUNIA YANG MEMPERDAYAKAN

Nikmat ialah keadaan atau suasana hidup baik yang dilimpahkan Allah kepada hambaNya. Sabda Rasulullah saw :

"Daripada Ibnu Abbas r.a daripada Nabi saw katanya : Dua nikamt yang orang ramai terpedaya dengannya iaitu sihat dan masa lapang"
(riwayat tirmizi)

Manusia selalu lalai mengingati siapa yang sepatutnya berhak untuk diingati. mereka tidak mahu bersyukur atas nikmat yang dinikmatinya dan lupa kepada Allah yang mengurniakan semua itu. setelah mendapat semua nikmat itu, manusia selalu sombong, bongkak dan mengingkari nikmat-nikmat Allah swt.

Firman Allah swt :

"Maka patutkah mereka yang ingkar itu percaya kepada perkara yang salah (menyembah berhala) dan kufur pula dengan nikmat Allah"

ANTARA NIKMAT ALLAH

  • Seorang fakir yang dikurniakn Allah rezeki yang boleh mengatur dan memperbaiki kehidupannya.
  • Seseorang yang jahil apabila dikurniakan Allah ilmu pengetahuan akan memungkinkan dia mendapat pekerjaan yang boleh menyenangkan kehidupannya.
  • Jiwa yang gelisah akan digantikan oleh Allah dengan jiwa yang tenang dan damai.
  • Seseorang yang diberikan oleh Allah suami atau isteri yang baik, bertanggungjawab dan amanah.
  • Seseorang yang dikurnikan zuriat atau keturunan yang menjadi kemegahan dan kejayaan pada keluarga.
Allah ta'ala selalu meminta supaya manusia mengingati nikmatNya. bersyukur adalah juga merupakan ibadah dan pengabdian kepada Allah. Allah ta'ala mengingatkan bahawa manusia akan mendapat balasan yang buruk jika mengingkari nikmat yang dikurniakn.

Firman Allah swt :

"Makanlah daripada rezeki yang diberikan oleh Allah yang halal lagi bersih. dan bersyukurlah dengan nikmat Allah jika benar kamu menyembahNya semata-mata"




Related Posts with Thumbnails