والوزن يومئذ الحق فمن ثقلت موزينه فاولئك هم المفلحون .. ومن خفت موزينه فاولئك الذين خسروا أنفسهم بما كانوا بئايتنا يظلمون
Maksudnya: dan timbangan amal pada hari itu (kiamat) adalah benar, maka siapa yang berat timbangan amalannya (yg baik) maka mereka itulah orang2 yang berjaya. dan siapa yang ringan amalannya (yg baik) maka mereka itulah orang2 yang merugikan dirinya sendiri dengan sebab mereka melakukan kezaliman kepada ayat2 kami(dengan meletakkan pada bukan tempatnya)

KETERANGAN AYAT:

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa timbangan amal perbuatan manusia dihari kiamat sangat adil dan benar. Allah tidak akan mengabaikan perbuatan seseorang itu walaupun seberat zarah atau sekecil atum.
Oleh itu, pada hari kiamat nanti sesiapa yang amal kebaikan banyak dan lebih berat dari kejahatannya maka dialah orang yang beruntung dan bahagia. Sebaliknya, sesiapa yang sedikit amal kebaikannya serta ringan timbangan amalannya itu bahkan lebih berat timbangan amalan kejahatannya maka merekalah yang telah merugikan diri sendiri. Allah tidak sekali kali menganiaya manusia tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri...
JOM COVER AURAT!!!

Renungkanlah.......
Duhai PERMATA DAKWAH...
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah itu ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.

Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang yang telah dijanjikan Allah buatmu...

Katakanlah kepada wanita yang beriman :
"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya... Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya" ( An- Nuur ayat 31)
Related Posts with Thumbnails