GOOD LUCK untuk final exam nanti terutama khas buat tatik,awer,zida,nana,ain dan kawan-kawan MJ yang lain.



Ya Allah...

Berikanlah aku kesempatan waktu-waktu untuk memohon dariMu.
Anugerahkanlah aku kejayaan dalam peperiksaan finalku ini.
Anugerahkan kejayaan kepada teman-temanku.
Jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian dan juga kepadaku..
Andai telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalanku,
Maka ubahlah menjadi kejayaan.
Engkau Yang Maha Agung...
Mudah-mudahan A untuk semua subjek jadi milik kami...
Amiin...


Duhai sahabat...

Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah cuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan,
Allah telah mengira titisan air matamu...
Bila kau rasa ketinggalan,
Allah sentiasa di sisimu...
Bila kau telah mencuba segala tetapi gagal,
Allah ada penyelesaiannya...
Jadi, berusahalah sesungguhnya Allah sentiasa bersama kamu...




Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah...
Kiranya rezekiku di langit, Engkau turunkanlah...
Kiranya di bumi, Engkau keluarkanlah...
Kiranya jauh, Engkau dekatkanlah...
Kiranya haram, Engkau halalkanlah...
Kiranya susah, Engkau senangkanlah...
Kiranya mudharat, Engkau hindarkanlah...



Ya Rabbi, Ya Hayyu Ya Qayyum...
Andainya aku bodoh, Engkau pandaikanlah...
Andainya aku pandai, Engkau syukurkan jiwaku...
Andainya aku malas, Engkau rajinkanlah...
Andainya aku rajin, Engkau ikhlaskanlah...
Andainya aku hina, Engkau muliakanlah...
Sebagaimana Engkau kurniakan kepada
hamba-hambaMu yang soleh maka,
kurniakanlah kepadaku di kala aku
benar-benar mengharapkan petunjuk
hidayahMu...





Hilang rindu kitaorang dapat jumpa kawan lama masa kat mj dulu... tak caya seha makin kurus. ni betul-betul study ni... tak macam kitaorang, study makin berisi masing-masing...huhuuu... mana taknya kuat makan!
Bintun man hazihi? duk asik bergambar je. hmm pantang nampak tempat yang cantik sikit kat UIA mesti nak berpossing...

sempat berpossing kat tangga "BATU CAVE" UIA...Huh penat nak daki tangga ni...tak larat rasanya nak sampai ke atas...


Time kitaorang kat bilik dayah,uia Gombak...hehe best jugak bilik dia.yang paling best air kat sana la...hmm sejuk bangat!kalau tak iya-iya mau tak mandi paHuruf condonggi.huhuhu
Related Posts with Thumbnails