Glitter Text Generator
Hari ni aku bercadang nak pergi liqa' hadis dengan kawan- kawan aku yang lain..jadi, pagi- pagi lagi kat rumah kitaorang dah kena siap- siap macam nak pergi kuliah lah pulak. Pada hal minggu ni kitaorang cuti untuk study week. Nak tak nak kitaorang kena pergilah juga sebabnya kitaorang belum buat liqa' hadis lagi dengan ust.zahid..Hari yang lepas nak buat juga, tapi dapat tau ustaz ada urusan pulak dekat bandar.. Hari ni pulak bila kitaorang pergi nak buat liqa', uiii semangat! ramai sungguh students yang tengah tunggu giliran nak buat liqa' juga... Ingatkan kitaoranglah yang paling awal sampai. Rupa- rupanya ada lagi yang datang lebih awal dari kitaorang.. Pukul 7.30 dah sampai. Semangat sungguh kawan-kawanku ni ea. Tapi baguslah tu! Dah tu apa lagi kitaorang tunggulah giliran. Tunggu punya tunggu lamalah pulak.. Sampai siap mengantok lagi. Mana taknya satu kumpulan tu amik masa yang lama.. Lama lagi pulak tu nak sampai ke giliran kitaorang. lastnya kitaorang amik keputusan nak balik sebab ustaz buat liqa' sampai pukul 1 je... Dok dang lah kitaorang nak liqa' hari ni.. Apalah nasibku dan kawan-kawanku hari ni..

Seandainya engkau bertemu dengan seseorang yang sanggup bersusah payah atas nama kesetiaan,
Mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
Memendam rasa atas terkilan demi menjaga perasaan, dia bukanlah seorang yang biasa, tetapi dia adalah salah seorang saudaramu dan teman sejatimu...
Carilah ia, ia tak akan datang tanpa diterokai...
Selepas berjaya menamatkan pelajaran di Maahad Johor, aku mengambil keputusan untuk menyertai kursus bahasa arab yang telah dianjurkan oleh pihak MARSAH ( Institut Pengajian Islam Tinggi Johor ). Kerana pada ketika itu syarat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al - Azhar, Mesir mestilah mengikuti kursus bahasa arab dan mendapat sijil setelah menyertai kursus. Ha lepas tu barulah kita layak untuk menyambung pelajaran ke sana. Apa lagi masa tu aku pun tak melepaskan peluanglah untuk mengikuti kursus bahasa arab tu...Aku beriya- iya nak mengikuti kursus tu pun ada sebab...Aku nak capaikan impianku nak sambung pelajaran dekat Mesir... Akhirnya setelah memohon dan mendapat kelayakan , aku diterima...Gembira sungguh aku masa tu. Alhamdulillah syukur... Aku pun mengikutilah kursus tu selama 6 bulan yang bermula pada 10hb 12. 2007 hinggalah tamat kursus pada 31hb 5. 2008... Tapi yang aku sedihnya tu, selepas mendapat keputusan daripada mak abah, aku tak dapat nak capaikan segala hajatku nak sambung belajar ke Mesir. Sedihnya masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baiklah aku boleh tahan lagi. Memikirkan iman dekat dada ni masih kuat lagi, aku tak adalah sampai nak buat perkara- perkara yang di luar dugaan... Aku terima segala keputusan yang telah dibuat oleh mak abah. Segala- galanya adalah ketentuanNya... Aku hanya mampu merancang,dan selebihhnya tu Allah yang menentukan... Hmm,dah tak dapat nak sambung belajar dekat Mesir, apa lagi aku teruslah apply u dengan kos yang aku rasa sesuai dengan aliranku. Masa tengah sibuk dengan permohonan nak masuk u tu, aku masih lagi still mengikuti kursus bahasa arab dekat marsah. Kalau tak silap masa permohonan nak masuk u tu dalam bulan 3 kot. Masa tu ramai- ramai dengan kawan- kawan aku yang lain apply. Susah juga nak apply nak masuk u ni kan. Kena buat itulah, kena buat inilah. Sampai sanggup balik rumah semata-mata nak settlekan apa yang berkenaan. Sebenarnya takut juga apply masa tu. Yela, takut permohonan kita tak diterima ke apa ke kan. Tak apa aku kuatkan semangat juga nak terus apply. Dalam masa yang sama, sebelum menantikan keputusan permohonan kemasukan u, aku sentiasa memanjatkan doa pada yang Esa, Allah s.w.t. Sebab masa tu aku hanya mampu berserah je dengan berdoa dan dengan segala amal ibadahku yang lain. Tak lupa juga, aku sentiasa ingat pesanan mak abah, kakak dan guru- guruku yang selama ini menjadi pendorong sepanjang aku di alam persekolahan supaya aku menjadi seorang yang yakin dengan segala keputusan yang kita buat setelah kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Itulah di antara pesanan yang sentiasa di ingatanku dan ianya tak pernah luntur sehingga ke hari ini yang mana aku telah berjaya ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke menara gading iaitu di Universiti Darul Iman M'sia...


Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana setelah selesai mengharungi beberapa halangan, rintangan dan dugaan semasa di alam persek0lahan iaitu di peringkat sekolah rendah dan menengah, akhirnya aku telah berjaya menjejakkan kakiku ke menara gading iaitu di Universiti Darul Iman M'sia, Terengganu di dalam jurusan pengajian islam dakwah selama 3 tahun. Yang selama ini aku idam- idamkan seperti orang lain yang telah berjaya. Aku bersyukur pada yang Esa kerana aku dapat meneruskan perjuanganku ke peringkat yang lebih tinggi lagi seterusnya membuatkan aku supaya lebih bersungguh- sungguh untuk terus berjaya dan berjaya seperti yang aku dan keluargaku impikan terutamanya mak dan abah yang ingin melihat anak- anak mereka semua berjaya dengan mendapat segulung ijazah. Aku hanya dapat mengadu pada Allah s.b.t betapa gembiranya hati dan perasaanku ketika aku diterima untuk menyambung pelajaranku di Universiti. Walaupun selama ini aku mempunyai cita- cita dan impian yang lebih tinggi lagi untuk menyambung pelajaranku ke luar negara iaitu di Universiti Al- Azhar Mesir. Oleh kerana halangan daripada beberapa pihak terutama sekali mak dan abahku, aku terpaksa terima dengan kehendak mereka dengan hati yang terbuka...Mungkin segala apa yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya...Tak apa...bila aku pikir-pikirkan semula, walaupun dekat mana sekalipun tempat kita nak menuntut ilmu tu, semuanya sama je. Yang penting kita mestilah tanamkan niat yang betul, kita nak menuntut ilmu mestilah ikhlas semata- mata kerana Allah...
Adam dan Hawa diciptakan untuk saling melengkapi. Itu satu kemestian . Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui jodoh kita? Adakah kita jatuh cinta pada orang yang tepat? Benarkah kita akan tahu dia untuk kita melalui rasa dan gerak hati? Ada juga yang berkata, cinta sejati itu apabila kita berasa sesuatu di dalam hati dan membuat pilihan yang tepat menggunakan akal fikiran.Kalau begitu , kenapa ada yang bercinta tetapi tak ke jinjang pelamin? Bagaimana pula dengan bercinta yang ditakdirkan berpisah setelah berkahwin? Entahlah, yang penting bagiku, cinta yang sejati itu ibarat mendaki gunung everest. Ramai yang bercerita , ramai juga yang mencuba. Tetapi tidak semua sampai ke puncak. Adakah aku antara yang bertuah? Segalanya akanku serahkan pada yang Esa. Sebagai insan, aku mempunyai peluang untuk membuat pilihan.
Related Posts with Thumbnails