Glitter Text Generator


TIP BANTU KEMBALI SEGAR

1. Hampiri kawasan cahaya

Suasana bilik yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkab kamu mudah merasa mengantok. jadi, langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya kamu rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang. contohnya cahaya semulajadi di tepi tingkap. cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, jika merasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu halakan pandangan kamu ke luar.

2. Senaman ringan

Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh kamu lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini melegakan saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. di samping itu, elakkan dari duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya bangun dari kerusi empuk kamu sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika untuk menyambung kerja kamu semula.

3. Pandang pepohon hijau

Sekiranya tempat kamu mempunyai taman yang indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk kamu. keluarlah sebentar dari ruang kerja atau study kamu dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. nescaya mata kamu akan kembali segar.

4. Dengar muzik

Muzik juga adalah penyelesaian bagi rasa mengantuk. ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat merangsangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman mata. jadi tidak salah jika kamu bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan kamu.




1. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.

2. Memotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu. kuku panjang dikhuatiri akan tersimpan najis.

3. Jangan menghadap kiblatketika meludah, membuang hingus atau berkahak. lebih tertib menghadap ke arah kiri dan gunakan sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.

4. Mengutamakan bahagian kanan. dahulukan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi, berwuduk, memberi hormat, berjabat tangan, memakai pakaian atau kasut dan memotong kuku.

5. Mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak daripada terkena muka orang lain, makanan atau minuman.

6. Memuji Allah (menyebut segala puji bagi Allah) sesudah bersin.

7. Mengingati Allah dan bersyukur kepadaNya ketika melihat wajah di cermin.

8. Membiasakan diri dengan amal soleh seperti beribadah, bersedekah, solat sunnat, menghampiri diri pada Allah, berzikir dan membaca al-Quran.

9. Tidak melakukan yang sia-sia, selalu memperbaiki diri.

10. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap kerana menguap dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan.



“Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji Engkau. Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan Engkau dan kepada Engkau aku bertaubat


Di akhir suatu pertemuan atau majlis, dianjurkan membaca doa di atas agar apa-apa kesalahan dan keterlanjuran dalam perkataan diampunkan oleh Allah.

Doa ini masyhur disebut sebagai ‘Tasbih Kifarah’. Maka apabila suatu pertemuan atau majlis, bacalah doa ini dan ingatkan rakan-rakan lain agar masing-masing turut membacanya.

Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang duduk di sebuah majlis di mana berlaku banyak kesalahan, lalu dia membaca sebelum bangun (beredar) “Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji Engkau. Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan Engkau dan kepada Engkau aku bertaubat” nescaya Allah mengampunkan baginya apa yang berlaku dalam majlis tersebut.( Sahih Sunan al-Tirmizi)
Tebal
Tebal

Cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya. Namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada yang maha Esa adalah cinta yang paling aagung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cinta kepada Allah.


Cinta Rasulullah saw kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenali kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, CINTA memainkan peranan yang penting. CINTA seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan CINTA seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isterinya. CINTA diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam al-Quran surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikannya diantara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"
Related Posts with Thumbnails