Tebal
Tebal

Cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya. Namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada yang maha Esa adalah cinta yang paling aagung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cinta kepada Allah.


Cinta Rasulullah saw kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenali kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, CINTA memainkan peranan yang penting. CINTA seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan CINTA seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isterinya. CINTA diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam al-Quran surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikannya diantara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails