Glitter Text Generator


Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana setelah selesai mengharungi beberapa halangan, rintangan dan dugaan semasa di alam persek0lahan iaitu di peringkat sekolah rendah dan menengah, akhirnya aku telah berjaya menjejakkan kakiku ke menara gading iaitu di Universiti Darul Iman M'sia, Terengganu di dalam jurusan pengajian islam dakwah selama 3 tahun. Yang selama ini aku idam- idamkan seperti orang lain yang telah berjaya. Aku bersyukur pada yang Esa kerana aku dapat meneruskan perjuanganku ke peringkat yang lebih tinggi lagi seterusnya membuatkan aku supaya lebih bersungguh- sungguh untuk terus berjaya dan berjaya seperti yang aku dan keluargaku impikan terutamanya mak dan abah yang ingin melihat anak- anak mereka semua berjaya dengan mendapat segulung ijazah. Aku hanya dapat mengadu pada Allah s.b.t betapa gembiranya hati dan perasaanku ketika aku diterima untuk menyambung pelajaranku di Universiti. Walaupun selama ini aku mempunyai cita- cita dan impian yang lebih tinggi lagi untuk menyambung pelajaranku ke luar negara iaitu di Universiti Al- Azhar Mesir. Oleh kerana halangan daripada beberapa pihak terutama sekali mak dan abahku, aku terpaksa terima dengan kehendak mereka dengan hati yang terbuka...Mungkin segala apa yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya...Tak apa...bila aku pikir-pikirkan semula, walaupun dekat mana sekalipun tempat kita nak menuntut ilmu tu, semuanya sama je. Yang penting kita mestilah tanamkan niat yang betul, kita nak menuntut ilmu mestilah ikhlas semata- mata kerana Allah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails