Glitter Text Generator

NIKMAT DUNIA YANG MEMPERDAYAKAN

Nikmat ialah keadaan atau suasana hidup baik yang dilimpahkan Allah kepada hambaNya. Sabda Rasulullah saw :

"Daripada Ibnu Abbas r.a daripada Nabi saw katanya : Dua nikamt yang orang ramai terpedaya dengannya iaitu sihat dan masa lapang"
(riwayat tirmizi)

Manusia selalu lalai mengingati siapa yang sepatutnya berhak untuk diingati. mereka tidak mahu bersyukur atas nikmat yang dinikmatinya dan lupa kepada Allah yang mengurniakan semua itu. setelah mendapat semua nikmat itu, manusia selalu sombong, bongkak dan mengingkari nikmat-nikmat Allah swt.

Firman Allah swt :

"Maka patutkah mereka yang ingkar itu percaya kepada perkara yang salah (menyembah berhala) dan kufur pula dengan nikmat Allah"

ANTARA NIKMAT ALLAH

  • Seorang fakir yang dikurniakn Allah rezeki yang boleh mengatur dan memperbaiki kehidupannya.
  • Seseorang yang jahil apabila dikurniakan Allah ilmu pengetahuan akan memungkinkan dia mendapat pekerjaan yang boleh menyenangkan kehidupannya.
  • Jiwa yang gelisah akan digantikan oleh Allah dengan jiwa yang tenang dan damai.
  • Seseorang yang diberikan oleh Allah suami atau isteri yang baik, bertanggungjawab dan amanah.
  • Seseorang yang dikurnikan zuriat atau keturunan yang menjadi kemegahan dan kejayaan pada keluarga.
Allah ta'ala selalu meminta supaya manusia mengingati nikmatNya. bersyukur adalah juga merupakan ibadah dan pengabdian kepada Allah. Allah ta'ala mengingatkan bahawa manusia akan mendapat balasan yang buruk jika mengingkari nikmat yang dikurniakn.

Firman Allah swt :

"Makanlah daripada rezeki yang diberikan oleh Allah yang halal lagi bersih. dan bersyukurlah dengan nikmat Allah jika benar kamu menyembahNya semata-mata"




0 comments:

Related Posts with Thumbnails